Alhamdulillah akhirnya ada jugak rezeki utk publish post setelah sekian lama Hazim menyepi dari industri pemblogan tanah air... latest post bajet je tulis panjang2 berjela-jela kononnya mcm blog ni akan aktif gilalah! Tengok2, senasib jugak mcm blog mu’az & the gang... mati at least 2 bulan, haha! Mungkin semua sibuk lps tu ditambah plak ngan pengaruh si facebook tu! Teringin sangat tengok zaman kegemilangan blogger mcm dulu2! Oklah x nak panjangkan cerita pasal facebook, sebenaranya ana tertarik utk share 1 topik kat akhbar Kosmo Ahad lepas(14 Mac 2010, m/s 46). Itupun ana kebetulan ternampak adik ana tengah bace page tu mase tengah siap2 nk balik kampung. So, inilah dia beberapa petikan drpd cerita kat paper tu yg ana rajin taip balik :)... hayatilah...
-SEKIAN-
Agak2nya, pernah x terjadi mcm ni kat rumah korang? Sebenarnya ana tertarik kat topik ni sbb byk kali jugak ana dengar bunyi guli jatuh mcm tu kat rumah ana!! (tp yg pintu terbukak-bukak tu Alhamdulillah setakat ni xdelah :D) Mula2 kecut perut jugak tp kalo pikir2 balik mungkin org sebelah main guli kot! So, lantak jelah tp kalo pikir 2 kali... wah, semangatnya jiran sebelah ana ni amalkan kempen ‘hidupkan permainan tradisional’! Agaknye budak KL mane yg main guli skarang? Tp ana x tegurlah jiran ana... tanye ke... nak temubual ke... x rapat sgt pun! Biasalah tu, standard berjiran kat KL!
Selama ni memang ana pikir ana sorang je yg dengar bunyi tu sehinggalah ana terbaca paper tu! Dalam tu dinyatakan rupa2nya topik ‘bunyi guli jatuh’ dah jadi topik hangat kat Internet & turut dibincangkan di akhbar Singapura selama hampir sebulan. Kebanyakan kes berlaku kat rumah pangsa pernah jugak terjadik kat rumah teres setingkat. Ada jugak org kata sebenarnya tu simptom gangguan jin. “Bunyi mcm tu juga boleh didengari oleh mereka yg terkena sihir,” kata seorang perawat gangguan makhluk halus, Ahmad Husin. “Jin memang suka main bunyi mcm tu,”tambahnya. Memang kita x boleh menolak mungkin tu disebabkan jin sbb ia juga merupakan makhluk ghaib ciptaan Allah yg sememangnya kita percaya kewujudannya (tp harap2 bukanlah).
Namun ada jugak penjelasan saintifik berdasarkan kajian sesetengah pihak:
- Bunyi ketukan paip air di dalam paip bekalan air. Apabila pili sudah lama x digunakan, tekanan udara akan terbentuk dalam paip seterusnya mnyebabkan bunyi ketukan yg boleh berpindah ke lantai kokrit. Teori ni paling kuat & logik.
- Penyaman udara & peti sejuk lama yg sudah lama tidak digunakan akan mengumpul partikel buih dalam sisitem paip seterusnya menghasilkan bunyi gegaran.
- Galas bebola diletakkan dalam batu konkrit di antara lantai2 rumah. Berteraskan konsep pengembangan & pengecutan, bebola akan bergerak mengikut pergerakan bangunan. Tp ada arkitek nafikan galas bebola diletakkan dlm batu konkrit bangunan.
- Bunyi lain yg mirip seperti bunyi guli jatuh.
- Terdapat kanak-kanak yg betul2 bermain guli di tingkat atas rumah :)
Zufar: Berdasarkan pendengaran telinga ana yg Alhamdulillah masih sihat ni lagi, MEMANG bunyi tu sebijik mcm bunyi guli jatuh berderai! BUKAN bunyi paip! BUKAN bunyi udara! & ape2 lagilah! Namun, isunya mengapa bunyi guli itu hanya lazim didengari di bahagian siling & berlaku waktu malam? Wallahualam...
6 comments:
jiran nta main b-daman la
opss! Kantoi Isyraf! Mane tau kaitan b-daman ngan guli ni?
xpe nnti ana ajak nta lawan b-daman ngan jiran ana tengah2 malam
waahh~~buatlah pertandingan B-Daman kat templer nieh~~asyik2 menyepi jer orang dok kat sebelah mamak nieh~~kitorang lagi bezz~~setiap malam dengar bunyi orang ketuk kuali~~biasalah restoran~~
bila sorang merepek pasal b-daman sume nk sambung...ish2
bunyi guli tu kat rumah lame ana la... kat templer x perasan plak!
salam, tumpang lalu :)
topik yang menarik dan itu memang terjadi di rumah yang saya sewa sekarang ... malam tadi baru je dengar "dia" menumbuk lagi :p
sepanjang 5 tahun duduk di sini, memang selalu dengar macam-macam .... tapi ada 1 bunyi yang bebetul buat saya TERBANGUN ... saya dengar macam lantai atas tu nak runtuh betul-betul kat tempat saya tidur ... huhuhu :)
Itu salah satu tanda rumah ada gangguan jin. I read it. And rumah Sofea pun dulu banyak kali. I tot anak jiran main, or dorang main mahjung(chinese) but, malam sangat takkan pulak. Tawakaltu ala Allah
Post a Comment