Wednesday, October 14, 2009

"Out of Bullet! Roger & Out!!"

“Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah nasib seorang askar yang kehabisan peluru apabila sedang bertempur di medan peperangan? Tetapi itulah realiti yang berlaku kepada diriku yang sedang berjuang di medan peperiksaan…"


KHAMIS, 8 OKTOBER, BI KERTAS 2

Sape pulak yg cilok zebra aku!?
Aku mulakn langkah pertama dgn menjenguk ke bawah meja bg mendapatkn pen. Hasil: Kilometrico (ade), Faber-Castell (ade), Zebra (?), aik! mane pen Zebra ni? Carik merata tempat pon x jumpe. Macam mane boleh hilang ni!? Dahlah pen tu paling bagus! Terpakselah guna Faber-Castell (BENGANG GILA!)

Surprise habis!!
Ketika sdg tekun menulis karangan, bile tengok jam… Eh, tinggal lg bape minit je!! Terpakselah start jawab bhgn novel yg masih blank lagi. Jeng! Jeng! Jeng! Mase tu jugak berlaku satu peristiwa yg saaangat 'ajaib'… PEN AKU HABIS DAKWAT!!! WAAAH!!

Lebih malang lagi!!
Aku start gelabah! Terpakselah gune Kilometrico pulak! Ha, berlaku jugak 'keajaiban' di sini! 2x5 je, takde dakwat jugak! DASAR PEN MURAHAN!! Akhirnya tiga2 pen ana bawak x boleh guna. Nak mintak pen drpd pengawas pun dah x sempat, tinggal lg bape minit je nak habis mase! MATILAH AKU!! MATILAH AKU!! MATILAH AKU!!

Rule breaker
Aku terpakse buat satu keputusan yg agak gila iaitu… GUNAKAN PENSIL!! Selama 3 thn bersekolah d sekolah menengah rasenye x pernah aku tulis karangan gune pensil. Akhirnye, takdir menentukan yg aku akan menggunakannya jugak mase PMR. Ayat karangan pun dah jadik tunggang langgang sbb otak dah bercelaru...
Sekaligus menjadikan BI subjek yg paling dirisaukan…


“Sama ada tidak bersenjata ataupun senjatanya tidak berpeluru, itu tidak semestinya menentukan penamat perjuangan askar tersebut!”
9A masih ada harapan…