Monday, June 22, 2009

'Rahsia Kejayaan'

Bila teringat balik peristiwa ni, ana jadi macam orang kurang siuman; rase kecewa, x tau nak letak muke kat mane, rase nak tergelak pun ade. Senang cerita, memang ana x kan lupalah peristiwa ni! Macam ni ceritanye…



Isnin, 15 Jun 2009 (Hari Cikgu Masitah telah menjelma!)

Satu kelas 3 As-Suyuthi telah digemparkan bahawa barang siapa yg mendapat Matematik 70% ke bawah akan dirotan 3x tangan kanan & 3x tangan kiri.

Resah jugak ana hari tu. Muaz pulak asyik tanye ana je, “x risau ke Zufar?”, bla…bla…bla… Asyik tanye macam tu je! Lagi tambah cuak adelah! Mane taknye, banyak soalan ana hentam disebabkan kesuntukan masa & soalan yg memeningkan lagi memperdayakan. Ana rase ape nak jadik, jadiklah sbb ana rase x mungkin ana dapat B pun. Mase lepas solat Zohor, ana berdoa agar ana mendapat keputusan yang baik. Itulah sahaja harapan ana.

Lepas solat Zohor, tibalah waktu kelas Math yg ‘ditunggu-tunggu’. Ana terkejut jugak sbb C.Masitah kate 4 orang sahaja yg terselamat! Hatiku berdebar-debar! Ana tau ana x akan termasuk dalam 4 orang yg bernasib baik tu. Lalu cikgu mengumumkan nama yg pertama…

“Zufar, tahniah sbb dapat highest!”

“Hi…Highest?” Ana memang x sangka!

Belajar last minute + hentam dalam periksa = highest?

Ana berase lega, lega, lega sangat! x sangka doa ana dimakbulkan Allah begitu cepat sekali! Ana bersyukur sangat! Alhamdulillah!

Lepas tu cikgu rotanlah 3x tangan kanan & 3x tangan kiri bagi yg dapat 70% ke bawah. Result 3 As-Suyuthi memang agak teruk. 4 orang je yg dapat 70% ke atas! Tapi mase tu ana kesah ape semua tu, asalkan dapat highest! (jahat gila).

C.Masitah suruhlah ana ke depan untuk ceritakan rahsia kejayaan. Ceritakan rahsia kejayaan? Terharunye!! Ana bukannye pandai sangat pun suruh diceritakan pulak rahsia kejayaan! Jadi ana cakaplah ‘rahsia kejayaan’ tu. Kalau x silap ana cakap:

  1. Hormati guru
  2. Jangan menyakiti hati guru
  3. Tumpukan perhatian dalam kelas
  4. Banyak berdoa
  5. Tingkatkan lagi usaha & prestasi

Mase tu keadaan memang x boleh belah. Ana cakap sambil buat muka serious. Satu kelas diam macam menghayati ape yg ana sampaikan. Memang x boleh belah!!

Lepas tu cikgu bagi kertas Math. Dengan gembiranye ana check markah ana. Aik!!!

Ana senyap2 tanye Muaz: “35 + 30 berape?”

Aduh, rupe-rupenye cikgu silap tambah markah!! Beza 10 markah dengan markah asal pulak tu! Sedih gila! Memang kecoh satu kelas dibuatnya!

Ana tanye cikgu, “Macam mane ni?”

C.Masitah kate, “Tunggu rotan hari Rabu ye!”

Ana rase x perlulah cerita panjang2 lagi. Faham2 sahajelah! Aduh, x tau nak letak muke kat mane mase tu!

Zufar: Moral of the story: Allah boleh tarik sesuatu nikmat tu bila-bila masa sahaja. Lagi satu, jangan terlalu suka dengan kejayaan atau kenikmatan dunia kerana ia bersifat sementara

Wednesday, June 10, 2009

Saje uji!! (Special Post)


Assalammualaikum
Mr. Testing: Terima kasih diucapkan kepada semua tuan2 dan puan2 yg menyokong saya selama ini. Dapat jugak ceroboh Blogger, bosanlah terperap kat YM tu! Kali ini saya akan ‘memutar belitkan’ otak tuan2 dan puan2 dengan cabaran berikut:

Hazim berumur 5 tahun. Hazim mahu beli satu set permainan kanak-kanak berharga RM97 tapi dompet die ‘tengah kering’. Lantaran itu, Hazim pinjam duit Aiman RM50 dan Nadim RM50, sekarang Hazim ada RM100. Dengan perasaan yg sungguh teruja, Hazim beli set permainan itu dan baki duit Hazim RM3. Hazim pulangkan RM1 pada Aiman dan RM1 pada Nadim.

Sekarang hutang Hazim dengan Aiman RM49 dan Nadim RM49. Dalam tangan Hazim tinggal RM1. Masalahnya Hazim kira RM49+RM49=RM98. Campur RM1 dalam tangan Hazim jadi RM99. Hazim terfikir mana pergi lagi RM1? Maklumlah kanak-kanak macam Hazim ni otaknya ‘kureng’ sket. Boleh tolong selesaikan masalah adik Hazim ni?

Mr. Testing: Teruknye die ni! Mase nak beli hadiah hari ibu pun dompet die tengah kering (lihat post ibuku guruku)! Oklah, ana bg mase nak selesaikan cabaran ana ni sampai minggu depan. Jangan bg tau tuan punye blog ni tau! Selamat diuji!! Hahaha!!

Tuesday, June 2, 2009

“Hari ni hari cikgu!”

Cikgu Masitah selalu kate:
“x pe hari ni hari awak, nanti hari cikgu akan menjelma!”
Sekarang hari cikgu SMIAAG sudah pun menjelma iaitu pada hari ju
maat lalu (29/5/2009) di surau sekolah. (Jangan silap! Maksud C.Masitah lain!)

Muke die jugak! x pelah ana boleh mintak
charge RM 1 sejam daripada tuan punye muke ni!


Persembahan dikir barat adik2 Form 1

Persembahan kami yg penuh kontroversi!

Pantun form 3
Ana pun x cadang nk
masuk pantun tp akhirnye terpaksa jugak sbb dipaksa oleh Afiq. Kene buat pulak pantun tentang C.Zalina (ana rase mcm 'diambik kesempatan' pulak). Ana rase pantun ok je kot walaupun buat persediaan last minute. Lagi satu, yg part Ameer jerit ‘emak’ tu bukan ana yg nak buat. Tp risau jugak takut2 kalo C.Zalina kecik hati ke. Jadi ana tanye mak ana x pe ke? Cube teka ape jawapan mak ana?
“Eh, ade ke Ameer jerit mak? Padanlah cikgu2 lain gelak!”
Laa~ Emak ana x perasan rupenye! Semangat je Ameer kate nak mintak maaflah. Takut cikgu tersinggung. Tp nasib baik mak ana x kesah.
(Entahlah! Ana rase macam buat pantun hari ibu pulak!)

Lakonan form 3

Lakonan ni sebenarnye x de pun dalam perancangan persembahan form 3 tp kitorang ditugaskan mase last minute utk buat lakonan tu.
Ana pun x tau betul ke x tp ana dengar2 ade orang kate lakonan tiru gaya guru yg f3 buat lepas pantun tu macam
kurang ajar sedikit. Kitorang pun agak perkara ni akan terjadi & teragak-agak nak lakonkan takut ade cikgu yg tersinggung.

Sebenarnye lakonan tu bukannye bertujuan utk mengajuk atau bersikap kurang ajar terhadap mane2 guru tp hanyelah sekadar gurauan penyeri majlis. F3 yg terlibat tu pun x delah berlakon melebih2 sangat
& kitorang hanye melakonkan mengikut ape yg kitorang nampak berdasarkan perilaku seseorang guru tersebut. Kalo difikirkan balik x kanlah kitorang sanggup nak biadap terhadap guru sendiri; depan orang ramai pulak tu!
Mak ana sendiri pun kate lakonan tu ok j
e & x de cikgu yg komen.

Oklah! Berdasarkan lakonan tu, pandang mesej positif yg kitorang nak sampaikan & kalo ade yg ‘terkurang ajar’ harap dapat maafkanlah sbb kitorang pun manusia biase sering buat kesilapan. Segala yg baik datang daripada Allah & yg buruk datang daripada kitorang sendiri.



Tayangan video

Gempak jugak video yg form 4 & form 5 buat pasal guru! Pada pendapat ana video tu simple, unsur2 humour yg berterusan & bany
ak mesej positif. Bagi analah video2 sebelum ni banyak dialog, kene banyak tunggu & lawak yg dibuat2.
Ana pun x tau bape banyak helai kertas yg diorang gune tp ape2 pun video tu memang gempak. Ana harap form 3 nanti boleh buat video yg lg gempak utk majlis perpisahan form 5. Ana tau kite boleh!

Hazim: Ai! Macam manelah boleh tersilap gaya Ustaz Hasnan
; sepatutnye ustaz berdiri x kangkang! (teringat pulak gaya saudara Rashid Dashuki mase diri kat depan perhimpunan). Ape2 pun SELAMAT HARI GURU!