Tuesday, December 15, 2009

Search 4 The Lost Story

Kini kegilaanku melukis manga kembali lg. Namun masih tercari-cari lg idea nak buat cerita pasal ape. So, SESIAPA SAJE yg melawat blog ni atau terbace post kali ni bolehlah menyumbangkan ape2 saje cerita pendek atau idea2 lain. Harap ade idea yg gempak2 tp ceritanye janganlah panjang sgt, unik & ade moral (kalau boleh lain dr lain tp jangan pelik sgt). x kesah genre ape. Jadi inilah masenye utk idea atau cerita anda semua diangkat menjadi sebuah komik. InsyaAllah komik ni utk SEMAIAN, TAZANS ke atau ape2 ajelah. Kalau lukisan buruk maaflah sbb bukannye professional pun cume minat je :)

Hazim: Sudah menjadi hobiku melukis tp masih dlm proses membaiki lukisan & masih explore lg tntg care pembikinan manga.

Tuesday, November 17, 2009

MPT5 - 'Hadiah daripada F3'

Rase mcm baru je F5 thn lepas tinggalkan SMIAAG sekarang giliran Ikhwanul 15 pulak yg akan menyusuli mereka…
Lantaran itu, F3 telah dberi tugasan utk conduct Majlis Perpisahan Tingkatan 5 yg telah pun diadakan pd 13/11/2009 (Jumaat) lalu di surau sekolah.

MPT5 ni merupakn satu usaha utk memberikan serba sedikit hiburan bg mengubat duka abg2 & kakak2 F5 yg akan menduduki SPM & akan meninggalkan SMIAAG tidak lama lg. MPT5 ni juga ibarat hadiah drpd seluruh warga batch 17 kpd warga Ikhwanul 15 serta kenangan yg sukar dilupakan bg warga batch 17 sendiri.

Kpd Ikhwanul 15, semoga sukses dlm SPM & berjaya ddunia serta akhirat.
InsyaAllah kami akan jaga sekolah ni baik2! :)


dah xde gamba lain

DI SEBALIK TABIR
Dalam byk2 org kat dunia ni, ana telah dpilih sbg AJK persembahan dlm MPT5 2009. xtaulah nape cikgu pilih ana… mungkin sbb ahli kelab sketsa kot. Ana mula2 pon xtau ape kejenye, kene suruh form lain buat prsembahan aje kot. Oh, rupenye kene buat video, kene plan perasmian majlis, care penyampaian hadiah & byk lg... Bile cikgu Sabariah tanye boleh x? Ana just angguk je… boleh! boleh! boleh! (otak tengah blur) Eh, jap camne nak buat video ek?! Buat slideshow pon x pernah ni nak buat video pulak! Memang AJK yg paling penting & byk keje bak kate org…



Video Perasmian
Mula2 x terfikir langsung pon nak buat video utk perasmian. Thanks kpd bnt yg cadang nak buat De tiba2 muncul live drpd video (brilliant idea!). Mula2 ade cadangan nak tanam pokoklah (idea sape ni? Teruk betul!!), buat bunga api, cikgu pon ade cadang buat touchscreen. Izzat Alif plak x habis2 ngan idea belon hydrogen die!

Future - Mengisahkan seorang murid lepasan SPM bersama abang kembarnya
yg belajar sampai ke universiti. Seterusnye dia dapat kerja namun malas
dalam pekerjaan akhirnya dipecat oleh majikannya. Oh! Rupa-rupanya...


Video Future
Mula2 tu buntu jugak nak wat cite ape ye? Akhirnye dpt lah jugak ilham (idea drpd iklan petronas apa nak jadi?). Ameer pon ade jugak idea jd kitorang cadanglah nak wat 2 video cerita (emm…lg byk lg baguskan?). Mula2 start buat video arahan sutradara Ameer dulu yg berjudul ‘Future’. Thanks kpd para actor: Nafis, Iman, Nawi, Isyraf, Ameer. Ana suke tengok diorang berlakon. Style diorang selambe je… Akhirnye Ameer kate nak shooting blk sbb byk part yg serabut. Jd ana serahkan sepenuhnye tanggungjawab kat Ameer utk conduct video tu.


Mengisahkan seorang guru yg bersemangat dalam mengajar anak2
muridnya (f5) dengan harapan agar mereka menjadi alumni
yg berjaya kelak
namun mereka x ambil berat langsung pun tentang masa depan mereka sendiri.


Video Apa Nak Jadi?!
Haa! Video ni pon satu! Sebijik mcm tajuk die… APE NAK JADIK!! Nak start shooting pun punyelah susah! Asyik kene tangguh je!
Mula2 cadang start shooting hr Selasa, sume rajin plak buat gotong-royong (xpe bagus2)
Lps tu hr Rabu, cameraman plak x dtg, camcorder pun lupe bwk.
Hari Khamis plak, memang strategik, xde gangguan sbb F3 cuti... Jeng! Jeng! Jeng! hr tu jugak ana demam, x dpt shooting terus x dpt join pegi Terengganu. MasyaAllah xtaulah ape nak jadik! Akhirnye buat last minute, start hr Isnin 4 hr sebelum MPT5. Yey! sume jd kelam kabut.
Thanks kpd para actor: Luqman Hakime, Izzat Alif, De, Khalid, Nadim, Arif Rozain, Amir Asyraf. Tak lupe jugak kpd cameraman: Sushi (bukan name sebenar). Bile2 nnti kite wat video lg ye!
Oh, jap! Ade sorang tu tertinggal! Cube tengok video tu betul2… ade 2 org tu pegang watak yg same! Tulah x dtg skola terpakse tuka org. Nasib baik muke x jauh beza. Cube teke sape?

Hazim: Alhamdulillah akhirnye sampai jugak post ke-10 setelah 6 bulan blog (:HEART CONNECTION:) ni diwujudkan. Setakat ni x cadang pon nak tukar name blog.

Wednesday, October 14, 2009

"Out of Bullet! Roger & Out!!"

“Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah nasib seorang askar yang kehabisan peluru apabila sedang bertempur di medan peperangan? Tetapi itulah realiti yang berlaku kepada diriku yang sedang berjuang di medan peperiksaan…"


KHAMIS, 8 OKTOBER, BI KERTAS 2

Sape pulak yg cilok zebra aku!?
Aku mulakn langkah pertama dgn menjenguk ke bawah meja bg mendapatkn pen. Hasil: Kilometrico (ade), Faber-Castell (ade), Zebra (?), aik! mane pen Zebra ni? Carik merata tempat pon x jumpe. Macam mane boleh hilang ni!? Dahlah pen tu paling bagus! Terpakselah guna Faber-Castell (BENGANG GILA!)

Surprise habis!!
Ketika sdg tekun menulis karangan, bile tengok jam… Eh, tinggal lg bape minit je!! Terpakselah start jawab bhgn novel yg masih blank lagi. Jeng! Jeng! Jeng! Mase tu jugak berlaku satu peristiwa yg saaangat 'ajaib'… PEN AKU HABIS DAKWAT!!! WAAAH!!

Lebih malang lagi!!
Aku start gelabah! Terpakselah gune Kilometrico pulak! Ha, berlaku jugak 'keajaiban' di sini! 2x5 je, takde dakwat jugak! DASAR PEN MURAHAN!! Akhirnya tiga2 pen ana bawak x boleh guna. Nak mintak pen drpd pengawas pun dah x sempat, tinggal lg bape minit je nak habis mase! MATILAH AKU!! MATILAH AKU!! MATILAH AKU!!

Rule breaker
Aku terpakse buat satu keputusan yg agak gila iaitu… GUNAKAN PENSIL!! Selama 3 thn bersekolah d sekolah menengah rasenye x pernah aku tulis karangan gune pensil. Akhirnye, takdir menentukan yg aku akan menggunakannya jugak mase PMR. Ayat karangan pun dah jadik tunggang langgang sbb otak dah bercelaru...
Sekaligus menjadikan BI subjek yg paling dirisaukan…


“Sama ada tidak bersenjata ataupun senjatanya tidak berpeluru, itu tidak semestinya menentukan penamat perjuangan askar tersebut!”
9A masih ada harapan…


Monday, September 21, 2009

Raya Caraku

Siapakah yang sudi menghulurkan simpati kepada nasibku ini...

Salam Aidilfitri

Maaf Zahir &Batin


Monday, June 22, 2009

'Rahsia Kejayaan'

Bila teringat balik peristiwa ni, ana jadi macam orang kurang siuman; rase kecewa, x tau nak letak muke kat mane, rase nak tergelak pun ade. Senang cerita, memang ana x kan lupalah peristiwa ni! Macam ni ceritanye…



Isnin, 15 Jun 2009 (Hari Cikgu Masitah telah menjelma!)

Satu kelas 3 As-Suyuthi telah digemparkan bahawa barang siapa yg mendapat Matematik 70% ke bawah akan dirotan 3x tangan kanan & 3x tangan kiri.

Resah jugak ana hari tu. Muaz pulak asyik tanye ana je, “x risau ke Zufar?”, bla…bla…bla… Asyik tanye macam tu je! Lagi tambah cuak adelah! Mane taknye, banyak soalan ana hentam disebabkan kesuntukan masa & soalan yg memeningkan lagi memperdayakan. Ana rase ape nak jadik, jadiklah sbb ana rase x mungkin ana dapat B pun. Mase lepas solat Zohor, ana berdoa agar ana mendapat keputusan yang baik. Itulah sahaja harapan ana.

Lepas solat Zohor, tibalah waktu kelas Math yg ‘ditunggu-tunggu’. Ana terkejut jugak sbb C.Masitah kate 4 orang sahaja yg terselamat! Hatiku berdebar-debar! Ana tau ana x akan termasuk dalam 4 orang yg bernasib baik tu. Lalu cikgu mengumumkan nama yg pertama…

“Zufar, tahniah sbb dapat highest!”

“Hi…Highest?” Ana memang x sangka!

Belajar last minute + hentam dalam periksa = highest?

Ana berase lega, lega, lega sangat! x sangka doa ana dimakbulkan Allah begitu cepat sekali! Ana bersyukur sangat! Alhamdulillah!

Lepas tu cikgu rotanlah 3x tangan kanan & 3x tangan kiri bagi yg dapat 70% ke bawah. Result 3 As-Suyuthi memang agak teruk. 4 orang je yg dapat 70% ke atas! Tapi mase tu ana kesah ape semua tu, asalkan dapat highest! (jahat gila).

C.Masitah suruhlah ana ke depan untuk ceritakan rahsia kejayaan. Ceritakan rahsia kejayaan? Terharunye!! Ana bukannye pandai sangat pun suruh diceritakan pulak rahsia kejayaan! Jadi ana cakaplah ‘rahsia kejayaan’ tu. Kalau x silap ana cakap:

  1. Hormati guru
  2. Jangan menyakiti hati guru
  3. Tumpukan perhatian dalam kelas
  4. Banyak berdoa
  5. Tingkatkan lagi usaha & prestasi

Mase tu keadaan memang x boleh belah. Ana cakap sambil buat muka serious. Satu kelas diam macam menghayati ape yg ana sampaikan. Memang x boleh belah!!

Lepas tu cikgu bagi kertas Math. Dengan gembiranye ana check markah ana. Aik!!!

Ana senyap2 tanye Muaz: “35 + 30 berape?”

Aduh, rupe-rupenye cikgu silap tambah markah!! Beza 10 markah dengan markah asal pulak tu! Sedih gila! Memang kecoh satu kelas dibuatnya!

Ana tanye cikgu, “Macam mane ni?”

C.Masitah kate, “Tunggu rotan hari Rabu ye!”

Ana rase x perlulah cerita panjang2 lagi. Faham2 sahajelah! Aduh, x tau nak letak muke kat mane mase tu!

Zufar: Moral of the story: Allah boleh tarik sesuatu nikmat tu bila-bila masa sahaja. Lagi satu, jangan terlalu suka dengan kejayaan atau kenikmatan dunia kerana ia bersifat sementara

Wednesday, June 10, 2009

Saje uji!! (Special Post)


Assalammualaikum
Mr. Testing: Terima kasih diucapkan kepada semua tuan2 dan puan2 yg menyokong saya selama ini. Dapat jugak ceroboh Blogger, bosanlah terperap kat YM tu! Kali ini saya akan ‘memutar belitkan’ otak tuan2 dan puan2 dengan cabaran berikut:

Hazim berumur 5 tahun. Hazim mahu beli satu set permainan kanak-kanak berharga RM97 tapi dompet die ‘tengah kering’. Lantaran itu, Hazim pinjam duit Aiman RM50 dan Nadim RM50, sekarang Hazim ada RM100. Dengan perasaan yg sungguh teruja, Hazim beli set permainan itu dan baki duit Hazim RM3. Hazim pulangkan RM1 pada Aiman dan RM1 pada Nadim.

Sekarang hutang Hazim dengan Aiman RM49 dan Nadim RM49. Dalam tangan Hazim tinggal RM1. Masalahnya Hazim kira RM49+RM49=RM98. Campur RM1 dalam tangan Hazim jadi RM99. Hazim terfikir mana pergi lagi RM1? Maklumlah kanak-kanak macam Hazim ni otaknya ‘kureng’ sket. Boleh tolong selesaikan masalah adik Hazim ni?

Mr. Testing: Teruknye die ni! Mase nak beli hadiah hari ibu pun dompet die tengah kering (lihat post ibuku guruku)! Oklah, ana bg mase nak selesaikan cabaran ana ni sampai minggu depan. Jangan bg tau tuan punye blog ni tau! Selamat diuji!! Hahaha!!

Tuesday, June 2, 2009

“Hari ni hari cikgu!”

Cikgu Masitah selalu kate:
“x pe hari ni hari awak, nanti hari cikgu akan menjelma!”
Sekarang hari cikgu SMIAAG sudah pun menjelma iaitu pada hari ju
maat lalu (29/5/2009) di surau sekolah. (Jangan silap! Maksud C.Masitah lain!)

Muke die jugak! x pelah ana boleh mintak
charge RM 1 sejam daripada tuan punye muke ni!


Persembahan dikir barat adik2 Form 1

Persembahan kami yg penuh kontroversi!

Pantun form 3
Ana pun x cadang nk
masuk pantun tp akhirnye terpaksa jugak sbb dipaksa oleh Afiq. Kene buat pulak pantun tentang C.Zalina (ana rase mcm 'diambik kesempatan' pulak). Ana rase pantun ok je kot walaupun buat persediaan last minute. Lagi satu, yg part Ameer jerit ‘emak’ tu bukan ana yg nak buat. Tp risau jugak takut2 kalo C.Zalina kecik hati ke. Jadi ana tanye mak ana x pe ke? Cube teka ape jawapan mak ana?
“Eh, ade ke Ameer jerit mak? Padanlah cikgu2 lain gelak!”
Laa~ Emak ana x perasan rupenye! Semangat je Ameer kate nak mintak maaflah. Takut cikgu tersinggung. Tp nasib baik mak ana x kesah.
(Entahlah! Ana rase macam buat pantun hari ibu pulak!)

Lakonan form 3

Lakonan ni sebenarnye x de pun dalam perancangan persembahan form 3 tp kitorang ditugaskan mase last minute utk buat lakonan tu.
Ana pun x tau betul ke x tp ana dengar2 ade orang kate lakonan tiru gaya guru yg f3 buat lepas pantun tu macam
kurang ajar sedikit. Kitorang pun agak perkara ni akan terjadi & teragak-agak nak lakonkan takut ade cikgu yg tersinggung.

Sebenarnye lakonan tu bukannye bertujuan utk mengajuk atau bersikap kurang ajar terhadap mane2 guru tp hanyelah sekadar gurauan penyeri majlis. F3 yg terlibat tu pun x delah berlakon melebih2 sangat
& kitorang hanye melakonkan mengikut ape yg kitorang nampak berdasarkan perilaku seseorang guru tersebut. Kalo difikirkan balik x kanlah kitorang sanggup nak biadap terhadap guru sendiri; depan orang ramai pulak tu!
Mak ana sendiri pun kate lakonan tu ok j
e & x de cikgu yg komen.

Oklah! Berdasarkan lakonan tu, pandang mesej positif yg kitorang nak sampaikan & kalo ade yg ‘terkurang ajar’ harap dapat maafkanlah sbb kitorang pun manusia biase sering buat kesilapan. Segala yg baik datang daripada Allah & yg buruk datang daripada kitorang sendiri.



Tayangan video

Gempak jugak video yg form 4 & form 5 buat pasal guru! Pada pendapat ana video tu simple, unsur2 humour yg berterusan & bany
ak mesej positif. Bagi analah video2 sebelum ni banyak dialog, kene banyak tunggu & lawak yg dibuat2.
Ana pun x tau bape banyak helai kertas yg diorang gune tp ape2 pun video tu memang gempak. Ana harap form 3 nanti boleh buat video yg lg gempak utk majlis perpisahan form 5. Ana tau kite boleh!

Hazim: Ai! Macam manelah boleh tersilap gaya Ustaz Hasnan
; sepatutnye ustaz berdiri x kangkang! (teringat pulak gaya saudara Rashid Dashuki mase diri kat depan perhimpunan). Ape2 pun SELAMAT HARI GURU!

Saturday, May 30, 2009

1001 Pengajaran

Assalammualaikum

Peperiksaan penggal 1 baru sahaja berlalu…
Jadi… ana nak cakap yang kite ni masih belum merdeka?
Oh, tidak! Tidak sama sekali! Bukan itu topik yg ana nak ketengahkan kali ni!
Sebenarnye ana sedar peperiksaan kali ni banyak bg pengajaran kpd ana.
Pengajaran ape ye?

Kalo peperiksaan2 mase form 1 & form 2 dulu:
“Alah, bace buku mase last minute ajelah! Sempat punye!”
Ana akui memanglah sempat. Mane tak nye, bape banyak je yg kene study mase tu!
Tapi mase peperiksaan penggal 1 baru2 ni…
Aduh! Ana buat kesilapan yg sangat sangat besar! Study mase last minute lagi! Kelam kabutlah jadiknye. Nak habiskan bace buku Form1, Form2 & Form 3 dalam satu hari. Itu pon kalo satu subjek! (Jap! Ana pernah study awal ke sebelum ni? Teruknye!)

Ok! Ape yg ana nak cakap, kite kene ingat peperiksaan PMR yg kite akan tempuhi nanti bukan saje melibatkan pelajaran f1, f2 & f3 bahkan lebih sukar drpd peperiksaan penggal 1. Cube bayangkan kalo mase PMR atau nak dekat2 PMR nanti kite buat kesilapan yg same lagi… Tak kemanelah jawabnye!

Zufar: Ana rase ramai lagi yg dapat pengajaran yg same macam ana. Betulkan kan? Sebab ana tengok ramai yg study last minute mase peperiksaan baru ni. Tp ade orang kate, ramai yg pilih study last minute sbb faktor mase yg x cukup; banyak keje kursus, banyak keje sekolah… (Ceh, analah orang yg kate tu!).
Ade sesiapa x nak kongsi tips selesaikan semua masalah ni?


Monday, May 11, 2009

Ibuku guruku

Kasih kepada Allah, kasih kepada Rasul, kasih kepada ibu, kasih kepada ibu, kasih kepada ibu, kasih kepada bapa…

*Hadiah untuk Ibu*

Hazim : Assalammualaikum. Lame tak jumpe?

Mr.Testing : Waalaikummussalam. Ye ke lame tak jumpe?

Hazim : Anta tau kan hari ni hari ibu. Hadiah ape ye sesuai? OK tak

kalo hadiahkan pencil box ke? Pen ke? (nampak sangat

dompet tengah kering)

Mr.Testing : Kah! Kah! kah! Anta nak hadiahkan emak anta pencil box

je? Pencil? Kah! Kah! Kah!

Hazim : Ape yang kelakarnye? Standard kan hadiah tu?

Mr.Testing : Anta rase layak ke seorang ibu yang telah banyak berjasa

hanya dibalas dengan hadiah yang tidak berape bernilai tu?

(itu pun kalo tak beli mase diskaun)

Hazim : Habis tu?

Mr.Testing : Memang bagus belikan hadiah tu tapi anta kene sertakan

dengan sekurang-kurangnye satu lagi hadiah…

Hazim : Ape die? ( Pening!)

Mr.Testing : Apelah anta ni! Mestilah dengan kejayaan anta! Ibu mane yg

tak gembira bila tengok anaknye berjaya terutamenye dalam

pelajaran

Hazim : (Aku tersentak lalu aku terduduk. Kata-kata itu membuatkan aku sedar bahawa ape yang sebenarnye dimahukan oleh seorang ibu; ‘KEJAYAAN ANAKNYA’) Ya! Aku mesti menjadi seorang anak yang berjasa!

Mr.Testing : Bagus tu! Eh, apasal anta masih duduk di sini lagi? Bangun! Bangun! Bangun! Mari kita berusaha membalas jasa ibu bapa kita! PMR kian tiba! Inilah peluang kita!

-Sekian-

Ok, itulah saje sedikit babak yang dilakonkan oleh ana dan Mr.Testing! Ape yang nak disampaikan adalah bagaimana cara kita membalas jasa ibu bapa terutamanya ibu kita. Hadiah yg berbentuk konkrit bukanlah hadiah yg sebenarnye. Cube bayangkan bukankah betapa gembiranya ibu & bapa kita jika semua usaha mereka membesarkan kita berhasil dengan kejayaan kita dalam kehidupan.

Itu ajelah kot yang ana nak cakap sempena hari ibu ni…

Hazim: Banyaknya jasa ibuku terhadap diriku sendiri; sebagai ibu & sebagai guru.


Friday, May 1, 2009

The Lawyer

Fuh~ dah bape lame agaknye ana memegang gelaran ni:
'budak suke loya buruk a.k.a The Lawyer'

ana terlebih dahulu minta maaf kepada semua sbb ramai yg dah kene penangan virus ni...
ana sebenarnye pon x de berniat nk berloya buruk, tp sekadar utk berlawak
tp mungkin disalah anggap... ana bergurau sket je, orang kate ana loya buruk
oklah... ana pon x nak lagi pegang gelaran tu & cube ubah tabiat tu...
minta maaf ye terutamanya kepada muaz, haziq, suhail shirajuddin(sushi) & ramai lagi... :)
itulah aje daripada ana... sekian...

Zufar: sekarang ana loya lagi ke...?

Thursday, April 30, 2009

Zufar atau Hazim?

Assalammualaikum
Presenting... My first blog update!!! (30/4/2009)

Dekat sekolah:" Zufar... cube sebut 3 As-'S'uyuthi" tanye Haziq
Dekat rumah: "Hazim... dah siap keje sekolah ke belum?" tanye mak
Itulah realiti yg ana hadapi setiap hari~
memang ramai lg selain ana yg gunekan 2 atau lebih name panggilan agaknye~
Tp... seronok jugakkan kalo ade 2 name panggilan ni (boleh kenekan orang)
Untuk pengetahuan semua~ orang x pernah panggil ana Zufar sebelum ana darjah 1
emm... ana pun x bape ingat mcm mane orang boleh panggil ana Zufar...
Tp ape2 pon, janganlah sbb post kali ni korang semua panggil ana Hazim pulak!
Ok tu jelah kot untuk intro daripada ana...

Hazim: mana lagi sesuai, panggil Zufar atau Hazim?